Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Ketua Pengarah boleh, dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah subseksyen (1), mengkaji semula kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 10 jika Ketua
Pengarah berpuas hati bahawa kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskan tidak menepati apa-apa kehendak mengenai kesan alam sekitar, kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau kesihatan awam.
(3)
Ketua Pengarah boleh menyampaikan kepada pemunya atau penghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskan itu suatu notis bertulis mengenai niatnya untuk menghendaki pemunya atau penghuni supaya memohon suatu kelulusan yang baru.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghuni suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.
(5)
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Ketua
Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemunya atau penghuni itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan, memutuskan sama ada atau tidak untuk menghendaki pemunya atau penghuni itu supaya membuat permohonan yang baru.
(6)
Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghuni notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (5)
secepat yang dapat dilaksanakan.
Permohonan untuk menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan