Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 27
(2)
Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk memberikan lesen di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah—
(a)
menghendaki pemegang lesen itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
(b)
mengenakan syarat yang difikirkannya patut.
(3)
Syarat-syarat yang boleh dikenakan di bawah subseksyen (2) termasuklah—
(a)
jenis, takat dan kekerapan perkhidmatan yang hendaklah disediakan oleh pemegang lesen;
(b)
tempoh lesen;
(c)
kawasan dan skim yang baginya pemegang lesen itu hendaklah menyediakan apa-apa perkhidmatan;
(d)
jenis sisa pepejal terkawal;
(e)
kemudahan pengurusan sisa pepejal yang kepadanya sisa pepejal yang dipungut dihantar;
(f)
kehendak untuk mendeposit apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan sebagai jaminan bagi penutupan selamat kemudahan pengurusan sisa pepejal;
(g)
fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen, atau jika didapati suai manfaat oleh Ketua Pengarah, jumlah penuh fi lesen yang kena bayar oleh pemegang lesen bagi keseluruhan tempoh lesen itu; dan
(h)
hak dan kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen itu.
Undang-Undang Malaysia 28
(4)
Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan lesen atau tidak hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Notis bertulis oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen
(4)
hendaklah menyatakan—
(a)
dalam hal jika lesen diberikan, hakikat mengenai pemberian itu dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan
(b)
dalam hal suatu keengganan untuk memberikan lesen, hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu.
Pematuhan syarat lesen