Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;
(c)
pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;
(d)
pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(e)
seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
(f)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran pada pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.
(2)
Sebelum Ketua Pengarah membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah memberi pemegang lesen itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niatnya untuk menggantung atau membatalkan lesen itu; dan
(b)
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.
(3)
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Ketua
Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu di bawah subseksyen (2), sekiranya ada, dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Perbadanan, memutuskan sama ada untuk menggantung lesen itu bagi tempoh tidak melebihi satu bulan atau membatalkan lesen itu.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 31
(4)
Ketua Pengarah hendaklah memberi pemegang lesen notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Jika suatu lesen digantung di bawah subseksyen (3), Ketua
Pengarah boleh menghendaki pemegang lesen untuk meremedikan kemungkiran atau perlanggaran itu dan jika didapatinya perlu untuk berbuat demikian, menyebabkan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen itu dijalankan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah atas terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
(6)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemegang lesen tidak meremedikan kemungkiran atau perlanggaran itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (5), atau kemungkiran atau perlanggaran itu berterusan selepas lesen itu digantung di bawah subseksyen (3), maka Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen itu.
(7)
Pemegang lesen yang lesennya—
(a)
digantung atau dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya kerana penggantungan atau pembatalan lesen yang diberikan di bawah Akta ini; dan
(b)
dibatalkan tidak berhak untuk kepada apa-apa bayaran balik fi lesen yang dibayar di bawah seksyen 19.
Tarikh berkuat kuasa pembatalan lesen