Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(a)
pemunya;
(b)
penghuni;
(c)
pihak berkuasa tempatan; atau
(d)
mana-mana orang lain, yang kepadanya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal diberikan di bawah Akta ini.
(2)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberi kuasa kepada Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh orang itu di bawah perjanjian itu.
(3)
Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4, boleh mendapatkan daripada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain yang daripadanya caj, fi atau levi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kena dibayar dan belum dibayar selepas tarikh genap masa, caj tambahan bagi pembayaran lewat pada kadar yang ditetapkan oleh Menteri.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah menyatakan—
(a)
jenis dan takat perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal boleh dituntut, dipungut dan disimpan;
Undang-Undang Malaysia 36
(b)
orang yang diberi kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu;
dan
(c)
jangka masa pemberikuasaan itu untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu.
(5)
Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2)
hendaklah—
(a)
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal dan caj pembayaran lewat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
(b)
memberi Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal dan caj pembayaran lewat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah; dan
(c)
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah—
(i)
untuk mendapat akses kepada, meneliti, memeriksa atau membuat salinan apa-apa dokumen; dan
(ii)
untuk mendapat akses kepada, meneliti atau memeriksa apa-apa jentera atau kelengkapan, yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pemungutan caj, fi, levi atau caj pembayaran lewat sisa pepejal terkawal.
(6)
Pemberikuasaan kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (2) tidaklah menjadikan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah perjanjian yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu dituntut, dipungut atau disimpan.
(7)
Segala wang yang genap masa dan kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2) dan hendaklah
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 37
boleh didapatkan dengan sewajarnya daripada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(8)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (5)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mendapatkan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal