Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 38

Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota

(a)

jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Tribunal;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggota

Tribunal;

(c)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 40

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh lebih daripada dua tahun;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya;

atau

(f)

jika dia tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran daripada Pengerusi.

Peletakan jawatan