Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 52

Rundingan penyelesaian

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat penilaian, Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui,

Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu ialah award Tribunal.

(4)

Jika—

(a)

Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknya membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau

(b)

pihak-pihak itu tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu, Tribunal hendaklah meneruskan untuk memutuskan pertikaian itu.

Hak untuk hadir pada pendengaran