Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Undang-Undang Malaysia 46
(2)
Tiada pihak boleh diwakili oleh seseorang peguam bela dan peguam cara pada suatu pendengaran melainkan jika pada pendapat Tribunal perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks dan satu pihak akan mengalami kesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara; tetapi jika satu pihak dibenarkan kemudiannya untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara maka pihak yang satu lagi itu hendaklah juga berhak sedemikian.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (2), tetapi walau apa pun seksyen 37 Akta Profesion Undang-Undang 1976—
(a)
sesuatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan boleh diwakili oleh pekerja perbadanan atau kumpulan orang itu yang bergaji sepenuh masa;
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 47
(b)
seseorang orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
(4)
Jika sesuatu pihak diwakili sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidaklah pada matannya diletakkan dalam keadaan yang kurang baik.
Prosiding hendaklah terbuka