Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Award Tribunal
(2)
Sesuatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki satu atau lebih daripada yang berikut:
(a)
supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak lain;
(b)
supaya wang diawardkan untuk memampasi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut;
(c)
supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
(d)
supaya bunga dibayar atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu;
(e)
supaya tuntutan itu ditolak.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (2)(d) atau (e) boleh disifatkan memberi Tribunal kuasa untuk mengaward apa-apa ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan bukan wang.
(4)
Tribunal boleh pada bila-bila masa membaiki atau membetulkan kesilapan taipan dalam apa-apa award atau ralat yang berbangkit daripada apa-apa kesilapan atau peninggalan yang tidak disengajakan.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 49
Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang