Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan Timbalan
Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang hendaklah, tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Pengarah, mempunyai kuasa dan fungsi
Ketua Pengarah, selain kuasa pewakilan yang disebut dalam subseksyen (4).
(3)
Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan Pengarah,
Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Pengarah.
(4)
Ketua Pengarah boleh, berhubung dengan apa-apa perkara atau golongan perkara tertentu, secara bertulis di bawah tandatangannya, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, atau pegawai lain termasuk mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai Perbadanan.
(5)
Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah dan tidak menghalang
Ketua Pengarah daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 19
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah