Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
untuk mencadangkan, selepas mengambil kira syor daripada
Perbadanan, dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Menteri;
(b)
untuk merumuskan, selepas mengambil kira syor daripada
Perbadanan, rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu;
(c)
untuk menetapkan, selepas mengambil kira syor daripada
Perbadanan, standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan mana-mana aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;
(d)
untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(e)
untuk memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta ini; dan
(f)
untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain bagi maksud menjalankan, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan