Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(a)
telah dimaklumkan oleh pemegang lesen mengenai apa-apa hal keadaan yang disebut dalam seksyen 69;
atau
(b)
berpuas hati—
(i)
bahawa lesen itu atau pemberikuasaan pemegang lesen telah dibatalkan dan pemegang lesen terus menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
(ii)
bahawa telah berlakunya atau ada pelanggaran oleh pemegang lesen mengenai apa-apa arahan
Perbadanan yang sebegitu serius sehingga menjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesen untuk terus memegang lesennya;
(iii)
bahawa pemegang lesen tidak solven atau telah menggantungkan pembayaran hingga apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya atau bahawa terdapat fakta atau hal keadaan yang berkemungkinan akan membawa kepada pemegang lesen menjadi tidak solven atau kepada pemegang lesen menggantungkan pembayaran hingga apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya; atau
(iv)
bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau telah melanggar apa-apa syarat lesennya yang sebegitu serius sehingga menjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesen itu terus memegang lesennya,
Perbadanan boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menjalankan mana-mana satu atau lebih daripada kuasa yang berikut, sebagaimana yang disifatkannya perlu:
(A)
menghendaki pemegang lesen untuk mengambil apa-apa langkah, tindakan atau untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan pemegang lesen itu atau perniagaan, pengarah atau pegawainya sebagaimana yang dinyatakan, dan dalam tempoh yang dinyatakan, oleh Perbadanan dalam perintah itu;
Undang-Undang Malaysia 54
(B)
walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen, menyingkirkan seseorang pegawai pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu;
(C)
walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen, khususnya, had tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah—
(i)
menyingkirkan mana-mana pengarah pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
(ii)
melantik seorang atau lebih sebagai pengarah atau pengarah-pengarah pemegang lesen dan mengadakan peruntukan bagi mana-mana orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
(D)
melantik seseorang untuk menasihati pemegang lesen berhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannya dan mengadakan peruntukan bagi orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(2)
Kuasa Perbadanan di bawah perenggan (1)(B), (C) dan (D)
hendaklah dijalankan hanya dengan persetujuan Menteri terlebih dahulu.
(3)
Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) wujud berkenaan dengan pemegang lesen dan Perbadanan berpendapat bahawa adalah perlu demi kepentingan awam, Perbadanan boleh, sama ada atau tidak Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah perenggan (1)(A),
(B)
, (C) atau (D), membuat syor kepada Menteri—
(a)
supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya;
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 55
(b)
supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan dan menjalankan mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal itu;
(c)
supaya Perbadanan melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana kuasa Perbadanan di bawah perenggan (a) atau (b) bagi pihak Perbadanan; atau
(d)
supaya belanja Perbadanan, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen itu dengan diberikan keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.
(4)
Jika Menteri bersetuju dengan syor Perbadanan di bawah subseksyen (3), dia hendaklah membuat suatu perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang menyatakan keputusannya dan tindakan yang hendaklah diambil oleh Perbadanan dengan sewajarnya.
(5)
Suatu perintah Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dipinda atau digantikan dari semasa ke semasa oleh suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1) atau (4), oleh Perbadanan atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Tiada perintah di bawah subseksyen (1), (4) atau (5) boleh dibuat melainkan jika—
(a)
pemegang lesen yang berkenaan dengannya perintah itu hendak dibuat; dan
(b)
dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(B) atau subperenggan (C)(i), pegawai atau pengarah yang hendak disingkirkan daripada jawatan itu, telah diberi suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah yang dicadangkan itu.
(7)
Walau apa pun subseksyen (6), jika pada pendapat
Perbadanan—
(a)
dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau (5); atau
Undang-Undang Malaysia 56
(b)
dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (4) atau (5), apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan penghasil sisa pepejal atau orang ramai atau kepada mana-mana kumpulan orang ramai, perintah itu boleh dibuat dahulu dan peluang untuk membuat representasi terhadap atau selainnya berhubung dengan perintah itu hendaklah, dalam hal itu, diberikan sebaik selepas perintah itu dibuat, dan perintah itu boleh, berikutan daripada representasi sedemikian sama ada disahkan atau dipinda atau digantikan di bawah subseksyen (5), atau dibatalkan di bawah subseksyen (8).
(8)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), (4)
atau (5), boleh dibatalkan oleh Perbadanan atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara sebagaimana perintah itu dibuat.
(9)
Seseorang yang melanggar perintah Perbadanan di bawah perenggan (1)(A), (B), (C) atau (D) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.