Malaysia legislation

Section 71

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 71

(2)

Semua sisa pepejal terkawal hendaklah dilonggokkan, diolah, disimpan, distorkan atau dilupuskan hanya di kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dilesenkan di bawah Akta ini.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 57

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, menentukan apa-apa kategori sisa pepejal terkawal yang boleh dilonggokkan, diolah, disimpan, distorkan atau dilupuskan selain mengikut Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau di kawasan selain kemudahan pengurusan sisa pepejal.

(4)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3),

Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira—

(a)

apa-apa sisa pepejal terkawal yang cukup kecil atau sementara sifatnya sehingga sisa pepejal terkawal itu boleh dikecualikan daripada pemakaian subseksyen

(2)

;

(b)

apa-apa cara pengolahan atau pelupusan apa-apa sisa pepejal terkawal yang tidak begitu berbahaya sehingga sisa pepejal itu boleh dikecualikan daripada pemakaian subseksyen (2); dan

(c)

hal yang baginya kawalan yang memadai diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(5)

Tiada seorang pun pemunya atau penghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dilesenkan boleh menerima, memproses atau mengolah apa-apa sisa pepejal terkawal selain mengikut Akta ini.

(6)

Mana-mana orang yang memiliki apa-apa sisa pepejal terkawal hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah memaklumkan Ketua Pengarah tentang apa-apa pelupusan sisa pepejal terkawal yang tidak disengajakan atau tidak dimaksudkan di mana-mana tempat atau kawasan, selain tempat atau kawasan yang orang itu dibenarkan di bawah Akta ini untuk melupuskan apa-apa sisa pepejal terkawal.

(7)

Mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premis hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan pelupusan sisa pepejal terkawal yang tidak dibenarkan di premisnya dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pelupusan tanpa kebenaran itu.

Undang-Undang Malaysia 58

(8)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Larangan terhadap pelepasan sisa pepejal terkawal yang tidak dibenarkan

Section 71 — SOLID WASTE AND PUBLIC CLEANSING MANAGEMENT ACT 2007