Malaysia legislation

Section 73

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 73

(2)

Tiada seorang pun, melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk memungut sisa pepejal, boleh mengisih, mengusik atau selainnya mengganggu apa-apa bekas atau kebuk bekas sisa pepejal terkawal, yang diletakkan dengan tujuan supaya bekas itu dikosongkan, ataupun dilonggokan di mana-mana

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 59

tempat yang disebabkan supaya disediakan oleh Ketua Pengarah atau Perbadanan untuk pemungutan dan pelupusan sisa pepejal terkawal—

(a)

tanpa mengambil kira siapa yang menyediakan bekas itu atau menyebabkan bekas itu disediakan; dan

(b)

sama ada atau tidak bekas itu digunakan bagi maksud umum atau persendirian.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(4)

Ketua Pengarah boleh mengecualikan pemungutan sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang dijalankan oleh kumpulan amal atau mana-mana pertubuhan daripada peruntukan subseksyen (2).

Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal diasingkan, dikendalikan dan distorkan