Malaysia legislation

Section 75

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 75

(2)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang yang diarahkan itu untuk menghantar sisa pepejal terkawal itu membayar kos pengolahan atau pelupusan sisa pepejal terkawal itu.

(3)

Jika sisa pepejal terkawal itu tidak dihantar sebagaimana yang diarahkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan sisa pepejal terkawal itu dipungut oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah; dan

(b)

kos yang ditanggung dalam memungut sisa pepejal terkawal itu oleh orang yang diberi kuasa di bawah perenggan (a) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

(4)

Ketua Pengarah boleh, apabila dibuat permohonan oleh mana-mana orang dan dengan apa-apa syarat yang difikirkannya patut membenarkan penstoran apa-apa jenis sisa pepejal yang boleh dikitar semula atau apa-apa konsainan sisa pepejal terkawal di mana-mana premis.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal yang dilonggokkan atau dilupuskan dengan menyalahi undang-undang dialihkan