Malaysia legislation

Section 77

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 77

(2)

Mana-mana orang yang menyebabkan apa-apa kerosakan di bawah subseksyen (1) hendaklah, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen itu, membaiki atau bertanggungan untuk membayar ganti rugi sepenuhnya bagi kerosakan yang telah dilakukannya dalam masa yang dinyatakan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini—

(a)

boleh mentaksirkan pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini; dan

(b)

boleh membuat perintah bagi pembayaran pampasan itu, dan mana-mana perintah sedemikian boleh dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu suatu penghakiman dalam tindakan sivil.

(4)

Tiada apa-apa jua boleh berkuat kuasa untuk melepaskan seseorang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 atau seorang pemegang lesen daripada tanggungan yang berbangkit di bawah subseksyen (1) dan orang atau pemegang lesen itu hendaklah juga bertanggungan atas apa-apa kerosakan yang ditunjukkan telah disebabkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan yang sengaja atau terburu-buru atau cuai orang yang diambil kerja olehnya, atau pekhidmat atau ejennya.