Malaysia legislation

Section 79

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 79

(a)

meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, surat cara atau rekod dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, surat cara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;

(b)

melawat, memasuki, meneliti dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain pada bila-bila masa tetapi tidak boleh dengan tidak perlu menghalang atau mengganggu apa-apa kerja dalamnya;

(c)

menyiasat berkenaan dengan mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain—

(i)

untuk memastikan penyenggaraan dan kebersihan sepatutnya mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain;

(ii)

apa-apa perkara atau benda berkenaan dengan atau berhubung dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yang tinggal di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal itu atau yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kerosakan kepada harta;

(iii)

kesan apa-apa pengendalian atau amalan terhadap keselesaan mana-mana kawasan atau tempat;

atau

(iv)

sama ada terdapat kepadatan atau pengumpulan gas atau cecair beracun; atau

Undang-Undang Malaysia 64

(d)

mengambil sampel apa-apa bahan atau benda yang dijumpai di kemudahan pengurusan sisa pepejal, di atas tanah atau di premis lain, dan sampel udara atau air di, di atas atau di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain itu.

(2)

Jika, semasa pemeriksaan mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal oleh Ketua Pengarah, didapati oleh Ketua Pengarah bahawa keadaan kemudahan pengurusan sisa pepejal itu sebegitu rupa sehingga keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yang tinggal di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal itu terdedah kepada bahaya, Ketua Pengarah—

(a)

boleh mengambil apa-apa langkah, sama ada di kemudahan pengurusan sisa pepejal yang terjejas atau di atas tanah yang bersempadanan, termasuk menutup kemudahan pengurusan sisa pepejal itu, sebagaimana yang didapati munasabah oleh Ketua Pengarah untuk mengelakkan bahaya sedemikian; dan

(b)

berhak mendapatkan kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam berbuat demikian daripada pemegang lesen kemudahan pengurusan sisa pepejal itu.

Kuasa penyiasatan

Section 79 — SOLID WASTE AND PUBLIC CLEANSING MANAGEMENT ACT 2007