Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
(a)
untuk memasuki mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain;
(b)
untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita dan ditahan;
(c)
mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis itu, apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang disita sedemikian atau menahannya selama apa-apa tempoh yang diperlukan;
(d)
memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam, atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan penggeledahan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau
(e)
memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa bejana, bekas atau barang lain.
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam premis itu;
(b)
dengan kekerasan masuk ke dalam mana-mana premis dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
dengan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
(d)
menahan mana-mana orang yang ditemui di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga penggeledahan itu selesai.
Undang-Undang Malaysia 66
(3)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, pengalihan mana-mana harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai diberi kuasa yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain itu.
(4)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau mengalihkan harta, kelengkapan, jentera, buku rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang dilak atau, cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Menggeledah dan menyita tanpa waran