Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
(2)
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawai diberi kuasa semasa suatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
(3)
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu perbarisan cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
(5)
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan—
(a)
pembuatan; atau
(b)
kandungan,
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 71
apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai diberi kuasa semasa suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Pelucuthakan atau pelepasan harta, dsb., yang disita