Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa pengubahan mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang boleh—
(a)
menyentuh prestasi kemudahan pengurusan sisa pepejal;
(b)
mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar;
(c)
menghalang kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;
(d)
memudaratkan kesihatan awam; atau
(e)
menyentuh keseluruhan perancangan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, melainkan jika pelan atau spesifikasi yang berkaitan yang menghendaki kelulusan Ketua Pengarah telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Ketua Pengarah.
(3)
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan Ketua
Pengarah di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan.
(4)
Sebagai tambahan kepada apa-apa kehendak lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Perbadanan boleh menghendaki mana-mana orang yang ingin mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat dan dokumen mengikut bentuk dan cara dan dalam masa yang ditetapkan.
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 21
(5)
Jika seseorang tidak mematuhi subseksyen (4), permohonan orang itu untuk mendapatkan kelulusan hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menyentuh hak orang itu untuk mengemukakan permohonan yang baru.
(6)
Perbadanan boleh memberikan arahan bertulis kepada orang yang ingin mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) dan (2) berkenaan dengan pematuhan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(7)
Orang yang kepadanya apa-apa arahan bertulis diberikan di bawah subseksyen (6) hendaklah mematuhi arahan bertulis itu dan jika perlu, meminda pelan dan spesifikasi itu dengan sewajarnya dan mengemukakan semula pelan dan spesifikasi yang telah dipinda kepada Perbadanan mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan oleh Perbadanan.
(8)
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (7) tidak mematuhi arahan bertulis Perbadanan, permohonan orang itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menyentuh hak orang itu untuk mengemukakan permohonan yang baru.
(9)
Seseorang yang—
(a)
membina atau mengubah mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan tanpa pelan dan spesifikasi yang menghendaki kelulusan Ketua Pengarah telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Ketua
Pengarah; atau
(b)
membina atau mengubah mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan tidak mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(10)
Jika suatu kesalahan dibuktikan di bawah subseksyen (9), mahkamah hendaklah membuat suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk mengubah kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan supaya mematuhi pelan dan spesifikasi yang diluluskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu dan jika orang itu tidak mematuhi perintah itu, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
Undang-Undang Malaysia 22
melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syor oleh Perbadanan