Malaysia legislation

Section 90

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 90

(2)

Jika pendakwaan dimulakan berkenaan dengan apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan telah dijalankan boleh memerintahkan pelucuthakan atau pelepasan harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain itu, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu.

(3)

Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu yang disebut dalam subseksyen (1) jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Jika tiada pendakwaan akan dimulakan berkenaan dengan apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya benda itu dipegang hendaklah memberitahu orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain itu, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukan subseksyen (7).

Undang-Undang Malaysia 72

(5)

Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar ke alamat yang terakhir diketahui orang yang berkenaan.

(6)

Jika tiada tuntutan dibuat di bawah subseksyen (7) dalam masa tiga puluh dari tarikh penyampaian notis yang disebut dalam subseksyen (4), harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disita di bawah Akta ini hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila habis tempoh itu.

(7)

Seseorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disebut dalam subseksyen (4) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya benda itu dipegang bahawa dia menuntut benda itu.

(8)

Apabila diterima notis yang disebut dalam subseksyen

(7)

, pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang—

(a)

boleh mengarahkan supaya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, dilepaskan; atau

(b)

boleh mengarahkan secara bertulis pegawai diberi kuasa, supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret untuk diputuskan.

(9)

Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (8)(b) hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki—

(a)

orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu; dan

(b)

orang yang daripadanya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, disita,

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 73

supaya hadir di hadapan Majistret dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(10)

Apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada

Ketua Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Ketua Pengarah mengikut arahan Majistret.

(11)

Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini jika—

(a)

benda itu adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mudah reput dengan cepat dan semula jadi;

(b)

penjagaan benda itu melibatkan belanja dan kesusahan yang tidak munasabah; atau

(c)

benda itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang ramai.

Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita