Malaysia legislation

Section 96

of AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 96

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau yang berupa bertindak

Undang-Undang Malaysia 76

atas apa-apa sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Penyampaian dokumen