Malaysia legislation

Section 33

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 33

Penguatkuasaan spesifik kontrak yang dibetulkan

Sesuatu kontrak bertulis boleh pada mulanya dibetulkan dan kemudiannya, jika plaintif telah memohon sedemikian dalam plaintnya dan mahkamah fikirkan patut, dikuatkuasakan secara spesifik.

A berkontrak secara bertulis untuk membayar peguam caranya, B, suatu jumlah wang yang tetap sebagai ganti kos. Kontrak itu mengandungi kesilapan mengenai nama dan hak klien itu, yang, jika ditafsirkan dengan ketat, B akan hilang semua hak di bawah kontrak itu. B adalah berhak, jika mahkamah fikirkan patut, untuk membetulkan kontrak itu, dan kepada suatu perintah bagi pembayaran jumlah wang itu, seolah-olah pada masa penyempurnaan kontrak itu ia telah menyatakan niat pihak itu.