Malaysia legislation

Section 41

of AKTA RELIF SPESIFIK 1950

Seksyen 41

Mana-mana orang yang berhak kepada apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau kepada apa-apa hak terhadap mana-mana harta, boleh memulakan suatu guaman terhadap mana-mana orang yang menafikan, atau berkepentingan untuk menafikan, hak miliknya terhadap sifat atau hak itu, dan mahkamah atas budi bicaranya boleh membuat di dalamnya suatu perisytiharan bahawa dia berhak sedemikian, dan plaintif tidak perlu dalam guaman itu meminta apa-apa relief selanjutnya:

Dengan syarat bahawa mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perisytiharan sedemikian jika plaintif, yang boleh meminta relief selanjutnya selain perisytiharan atau hak milik semata-mata, telah tidak berbuat demikian.

Huraian—Seorang pemegang amanah harta ialah “orang yang berkepentingan untuk menafikan” suatu hak milik yang bertentangan dengan hak milik seseorang yang tidak wujud, dan yang baginya, jika ia wujud, orang itu akan menjadi seorang pemegang amanah.

(a)

A, membekueskan hartanya kepada B, C dan D, “untuk dibahagikan sama rata di kalangan semua dan setiap seorang daripada mereka, jika masih hidup pada masa kematian saya, kemudiannya di kalangan anak-anak mereka

36

Undang-Undang Malaysia yang yang masih hidup.” Tiada anak-anak tersebut yang wujud. Dalam suatu guaman terhadap wasi A, mahkamah boleh mengisytiharkan sama ada B, C dan D mengambil harta itu secara mutlak, atau hanya untuk seumur hidup mereka sahaja, dan mahkamah juga boleh mengisytiharkan kepentingan anak-anak itu sebelum hak mereka diletakhakkan.

(b)

A berwaad bahawa, jika pada bila-bila masa berhak kepada harta yang melebihi RM100,000, dia akan memperuntukkan harta itu dalam amanah tertentu. Sebelum mana-mana harta tersebut terakru, atau mana-mana orang yang berhak kepada amanah itu ditentukan, dia memulakan suatu guaman untuk mendapatkan suatu perisytiharan bahawa waad itu tidak sah kerana ketidaktentuan. Mahkamah boleh membuat perisytiharan itu.

(c)

A ada dalam milikannya harta tertentu. B, yang mengatakan bahawa ialah pemunya harta itu, menghendaki A supaya menghantarserahkan harta itu kepada B. A boleh mendapatkan suatu perisytiharan mengenai hak A untuk memegang harta itu.

(d)

A membekueskan harta kepada B bagi seumur hidupnya, dengan yang selebihnya kepada isteri B dan anak-anak isteri B, jika ada, tetapi jika B mati tanpa isteri atau anak-anak harta diberikan kepada C, B mempunyai seorang yang dianggap sebagai isteri, D, dan anak-anak, tetapi C menafikan bahawa

B dan D pernah berkahwin dengan sah; D dan anak-anaknya boleh, semasa hidup B, memulakan suatu guaman terhadap C dan mendapatkan suatu perisytiharan bahawa mereka ialah isteri dan anak-anak B yang sebenarnya.

Kesan perisytiharan