Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V
Bahagian yang berikut:
“Bahagian Va
PENGUATKUASAAN
Pegawai diberi kuasa 21a. Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai Jabatan atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kad kuasa 21b. (1) Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
16
Standard Malaysia (Pindaan)
17
Kuasa penyiasatan 21c. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
(2)
Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593].
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 21d. (1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang Majistret itu fikirkan perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi, atau ada di dalam atau pada mana-mana premis keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki premis dan menggeledah bagi, menyita dan menahan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain;
(b)
untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan ditahan;
(c)
untuk mengambil milikan, dan memindahkan dari premis mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan menahannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang perlu;
Undang-Undang Malaysia
Akta A1425
(d)
untuk menggeledah mana-mana orang yang berada di dalam, atau pada, premis itu dan bagi maksud menggeledah, menahan orang itu dan memindahkannya ke tempat yang perlu untuk membantu penggeledahan, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau
(e)
untuk memecah buka, memeriksa dan menggeledah mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain.
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis dan memasuki premis itu;
(b)
memasuki dengan secara kekerasan premis dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; atau
(d)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga penggeledahan itu selesai.
(3)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu.
(4)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau memindahkan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
18
Standard Malaysia (Pindaan)
19
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 21e. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 21d penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 21d dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Waran boleh diterima walau apa pun kerosakan 21f. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah
Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Akses kepada data berkomputer 21g. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Senarai komputer, buku, rekod, dsb., yang disita 21h. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan senarai komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Undang-Undang Malaysia
Akta A1425
(2)
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1)
hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada orang yang mengawal atau bertanggungjawab bagi premis yang telah digeledah itu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes 21i. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
(2)
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi dia boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.
(4)
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan
(b)
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.
20
Standard Malaysia (Pindaan)
21
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 21j. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai diberi kuasa semasa penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
(2)
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
(3)
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu kawad cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
(5)
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai diberi kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 21k. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Undang-Undang Malaysia
Akta A1425
(2)
Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Pelepasan komputer, buku, rekod, dsb., yang disita 21l. (1) Jika mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain disita di bawah
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Ketua Pengarah, melepaskan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita.
(2)
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.
Kos memegang komputer, buku, rekod, dsb., yang disita 21m. Jika mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pegawai diberi kuasa sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.
22
Standard Malaysia (Pindaan)
23
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 21n. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa tambahan 21o. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa dan untuk membuat salinan daripadanya;
(b)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa pembuatan atau kesalahan di bawah
Akta ini;
(c)
untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Menghalang pegawai diberi kuasa 21p. Mana-mana orang yang—
(a)
mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini;
(b)
enggan memberikan akses kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia
Akta A1425
(c)
enggan memberikan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 22