Malaysia legislation

Section 14

of AKTA STANDARD MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 14

Seksyen 22 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “pindaan” perkataan “, penyemakan”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“atau pendaftaran”;

(iii)

dengan memotong perenggan (f);

(iv)

dalam perenggan (g), dengan memotong perkataan

“atau pendaftaran”;

(v)

dalam perenggan (j), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;

dan

(vi)

dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:

“(k) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.”; dan 24

Standard Malaysia (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 25