Malaysia legislation

Section 4

of AKTA STANDARD MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 4

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan takrif “akreditasi” dengan takrif yang berikut:

‘ “akreditasi” ertinya suatu tatacara yang melaluinya

Jabatan memberikan pengakuan bahawa sesuatu badan penilaian pematuhan adalah berwibawa untuk menjalankan aktiviti penilaian pematuhan tertentu;’;

4

Standard Malaysia (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “akreditasi” takrif yang berikut:

‘ “badan yang diiktiraf”, berhubung dengan standard, ertinya suatu entiti undang-undang atau pentadbiran yang mempunyai tugas dan komposisi tertentu, dengan kuasa yang diakui bagi menerbitkan standard;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Institut” takrif yang berikut:

‘ “Jabatan” ertinya Jabatan Standard, Malaysia yang bertanggungjawab bagi penstandardan dan akreditasi kebangsaan;’;

(d)

dalam takrif “Menteri”, dengan memasukkan selepas perkataan “standard” perkataan “dan akreditasi”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai

Jabatan atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 21a;’;

(f)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“pemerakuan”;

(g)

dengan memotong takrif “pendaftaran”;

(h)

dengan memotong takrif “penentuan”;

(i)

dengan memotong takrif “penentuan standard”;

(j)

dengan menggantikan takrif “penilaian pematuhan” dengan takrif yang berikut:

‘ “penilaian pematuhan” ertinya suatu aktiviti pengujian, penentukuran, pemeriksaan, pensijilan atau apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah bagi maksud menunjukkan bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;’;

Undang-Undang Malaysia

Akta A1425

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “penilaian pematuhan”

takrif yang berikut:

‘ “pensijilan” ertinya suatu tatacara yang melaluinya pihak ketiga memberikan jaminan bertulis bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, badan, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;’;

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “peraturan-peraturan”

takrif yang berikut:

‘ “peraturan teknikal” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan bagi kehendak teknikal, sama ada secara langsung atau dengan merujuk kepada atau menggabungkan kandungan sesuatu standard, penentuan teknikal atau kod amalan;’;

(m)

dengan memasukkan selepas takrif “peraturan teknikal”

takrif yang berikut:

‘ “premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada tertutup atau dibina di atasnya;’;

(n)

dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:

‘ “simbol akreditasi” ertinya suatu simbol yang dilindungi yang digunakan atau dikeluarkan di bawah sistem akreditasi yang diwujudkan dan dikendalikan oleh Jabatan;’;

(o)

dengan menggantikan takrif “standard” dengan takrif yang berikut:

‘ “standard” ertinya suatu dokumen yang diwujudkan secara sepersetujuan dan diluluskan oleh suatu badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya ialah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan, yang pematuhannya tidak mandatori;’;

6

Standard Malaysia (Pindaan)

(p)

dengan memasukkan selepas takrif “standard” takrif yang berikut:

‘ “Standard Malaysia” ertinya sesuatu standard yang diisytiharkan di bawah seksyen 15;’;

(q)

dengan menggantikan takrif “Standard Malaysia sementara”

dengan takrif yang berikut:

‘ “Standard Malaysia sementara” ertinya sesuatu standard yang belum melalui tatacara formal pertimbangtelitian jawatankuasa teknikal dan komen awam dan—

(a)

yang pada pendapat Majlis diperlukan segera;

atau

(b)

yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa penggunaanya secara cubaan perlu sebelum ia boleh dimuktamadkan;’;

(r)

dalam takrif “tanda pematuhan”, dengan memasukkan selepas perkataan “proses,” perkataan “sistem, orang,”;

dan

(s)

dengan memotong takrif “tanda standard”.

Pindaan seksyen 10