Malaysia legislation

Section 5

of AKTA STANDARD MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 5

Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah adalah untuk membangunkan dan memajukan standard, dan untuk mengakreditasikan badan penilaian pematuhan sebagai cara untuk memajukan ekonomi negara, memanfaatkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam dan alam sekitar, membantu dan melindungi pengguna, memajukan kecekapan dan pembangunan industri, memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dan melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubung dengan penstandardan dan akreditasi.”; dan

Undang-Undang Malaysia

Akta A1425

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) mewakili Malaysia dalam aktiviti p e n s t a n d a r d a n d a n a k r e d i t a s i antarabangsa;”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) melantik, mengikut kriteria yang diluluskan oleh Majlis, mana-mana organisasi di Malaysia untuk membangunkan standard dan untuk menyelaraskan perwakilan Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;”;

(iii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dengan penstandardan di Malaysia, jabatan dan agensi Kerajaan bagi maksud mencapai keserasian dan penggunaan umum yang maksimum bagi standard;”;

(iv)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) melaksanakan kriteria, sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, yang berhubungan dengan penyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard sebagai Standard

Malaysia;”;

(v)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) mengesyorkan kepada Menteri standard yang dikemukakan oleh mana-mana organisasi yang dilantik di bawah perenggan (aa)

sebagai Standard Malaysia, jika sesuai, dan menyenggara indeks Standard

Malaysia;”;

8

Standard Malaysia (Pindaan)

(vi)

dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:

“(f) menggalakkan penggunaan Standard

Malaysia;”;

(vii)

dengan menggantikan perenggan (h) dengan perenggan yang berikut:

“(h) mengakreditasikan, mengikut kriteria sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, badan yang terlibat dalam penilaian pematuhan dan menyenggara suatu daftar badan terakredit dan tanda pematuhan mereka;”;

(viii)

dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan

“dan pendaftaran”;

(ix)

dengan memotong perenggan (j);

(x)

dengan memotong perenggan (k);

(xi)

dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut:

“(l) menetapkan dan mendaftarkan di bawah

Akta Cap Dagangan 1976 simbol akreditasi Jabatan sendiri;”;

(xii)

dalam perenggan (m), dengan menggantikan perkataan “tanda” dengan perkataan “simbol”;

(xiii)

dengan menggantikan perenggan (o) dengan perenggan yang berikut:

“(o) menggalakkan perkiraan kerjasama dengan organisasi yang terlibat dalam penstandardan dan akreditasi di negara lain bagi pertukaran maklumat;”;

(xiv)

dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan

“sukarela”;

Undang-Undang Malaysia

Akta A1425

(xv)

dengan menggantikan perenggan (q) dengan perenggan yang berikut:

“(q) menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negara yang terlibat dalam penstandardan, akreditasi dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam dan swasta, dan mengekalkan pendedahan kepada keperluan perindustrian dalam penstandardan dan akreditasi;”;

(xvi)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (q); dan

(xvii)

dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut:

“(qa) dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, memudahkan pembangunan peraturan teknikal dan membangunkan dan memajukan prinsip dan tatacara bagi pelaksanaan peraturan teknikal dan penilaian pematuhan; dan”.

Pindaan seksyen 13