Malaysia legislation

Section 6

of AKTA STANDARD MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 6

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perenggan (1)(e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) tidak lebih daripada dua belas orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan penstandardan dan akreditasi.”;

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penstandardan” perkataan “dan akreditasi”;

10

Standard Malaysia (Pindaan)

(ii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) untuk menasihati Menteri berkenaan dengan program, skim, projek dan aktiviti untuk menggalakkan kecekapan dan pembangunan perindustrian, dan bagi pelindungan pengguna, melalui aktiviti penstandardan dan akreditasi;”;

(iii)

dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan

“penentuan”;

(iv)

dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:

“(f) untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan penyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia;”;

(v)

dengan menggantikan perenggan (g) dengan perenggan yang berikut:

“(g) untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan akreditasi badan penilaian pematuhan;”;

(vi)

dengan memotong perenggan (h); dan

(vii)

dengan memotong perenggan (j);

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Menteri boleh melantik, atas penamaan seseorang anggota, tidak lebih daripada seorang untuk menjadi anggota silih ganti bagi anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.

(4b)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai anggota

Majlis.”; dan

Undang-Undang Malaysia

Akta A1425

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Dalam keadaan pembahagian undi yang sama banyak atas apa-apa perkara di hadapan Majlis,

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.”.

Pindaan tajuk Bahagian V