Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pindaan seksyen 15
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Menteri boleh meluluskan dan mengisytiharkan mana-mana standard yang telah diterima pakai dengan atau tanpa ubah suaian sebagai suatu Standard Malaysia atau Standard Malaysia sementara bagi maksud Akta ini, dan boleh meminda, menyemak atau menarik balik mana-mana Standard Malaysia atau Standard Malaysia sementara.”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tiada standard boleh diisytiharkan sebagai
Standard Malaysia, dan tiada Standard Malaysia boleh dipinda, disemak atau ditarik balik, melainkan jika
Menteri berpuas hati bahawa orang yang mungkin terjejas oleh perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik itu telah mendapat peluang untuk menimbangkannya dan untuk memberikan ulasan mengenainya melalui suatu mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”;
12
Standard Malaysia (Pindaan)
(c)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik sesuatu Standard Malaysia hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau, jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.”; dan
(d)
dengan memotong subseksyen (5) dan (6).
Pindaan seksyen 16