Malaysia legislation

Section 9

of AKTA STANDARD MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 9

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan pendaftaran”;

(b)

dengan memotong perkataan “atau pendaftaran”

di mana-mana jua terdapat dalam seksyen itu;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mana-mana orang yang ingin diakreditasikan sebagai suatu badan penilaian pematuhan boleh memohon kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika Ketua Pengarah, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), berpuas hati bahawa kriteria dan tatacara yang berhubungan dengan akreditasi telah dipenuhi, dia boleh memberikan suatu perakuan akreditasi kepada pemohon sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”;

Undang-Undang Malaysia

Akta A1425

(e)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Bagi maksud akreditasi di bawah seksyen ini, hendaklah kena dibayar kepada Ketua Pengarah oleh pemohon atau pemegang perakuan akreditasi itu, fi akreditasi yang ditetapkan dan apa-apa kos lain yang mungkin semunasabahnya dilakukan berkaitan dengan akreditasi.”;

(f)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Ketua Pengarah hendaklah menyimpan suatu daftar untuk merekodkan perincian tiap-tiap perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini dan daftar itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.”; dan

(g)

dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7)  Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini jika, pada pendapatnya, mana-mana terma dan syarat yang berhubung kait dengan perakuan akreditasi itu telah dimungkiri, tetapi pemegang perakuan akreditasi yang perakuan akreditasinya telah digantung atau dibatalkan boleh merayu kepada Majlis.”.

Pindaan seksyen 17