District—Seremban. Mukim—Setul. Certified Plan No.—C.P. 70295. Lot
No.—17263. Area—4,080 square metres.
Dated 4 May 2021
[PTS. (C.N) 370/104/04/08;
Clerk of the Executive Council
Negeri Sembilan
PU/NS(SW)7)]
No. 338.
[Subseksyen 64(1)]
PEMBATALAN PERIZABAN TANAH BAGI MAKSUD AWAM
[Subsection 64(1)]
REVOCATION OF LAND FOR A PUBLIC PURPOSE
Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 88 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Sembilan pada 14 Februari 2008, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965],
Pihak Berkuasa Negeri merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu, tapak untuk tempat letak kereta dan menetapkan bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai hendaklah mempunyai kawalan terhadap rizab tersebut.
Dan bahawasanya, didapati suaimanfaat sekarang oleh Pihak Berkuasa Negeri supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu patut dibatalkan:
Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan Pihak Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan
No. 109 pada 27 Februari 2020.
Dan bahawasanya, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan Pihak
Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu.
[27hb Mei 2021 490
Maka oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri membatalkan keseluruhan perizaban yang terdahulu.