(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Rabu 8 Mac 2006 di hadapan Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 11.00
pagi.
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn001y2006-2/no-67
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Azurawati binti Wahid, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 67, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada hari Rabu 8 Mac 2006 di hadapan Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 11.00
pagi.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM318,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Belas Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM226,109.37 setakat 9 Jun 2005 nama pemegang gadaian Pengurus, Affin Bank Berhad, Tingkat 3, No. 23 dan 25, Jalan Permas
Jaya 10/2, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM31,800.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu Ribu Lapan Ratus
Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
62
[5hb Jan. 2006
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 6 Julai 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit dibawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Api-Api. No. P.T.D.—1979. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 502. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Ber
daftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 2549/1999, Jilid 135, Folio 82
bertatikh 20 November 1999 dan Perserahan No. 2550/1999, Jilid 135, Folio 83 bertarikh 20 November 1999.
Bertarikh 9 Jun 2005
[PTDP 13/52/2004]
AZURAWATI BINTI WAHID b.p. Pentadbir Tanah
Pontian