(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 9 Januari 2008 jam 10.00 pagi di Pejabat
Pentadbir Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor.
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn001y2008/no-93
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah, Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 93, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 9 Januari 2008 jam 10.00 pagi di Pejabat
Pentadbir Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM135,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini RM303,752.13 setakat 5 September 2007.
Nama pemegang gadaian: Malayan Banking Berhad,
Tingkat 8, Office Tower JB City Square,
80000 Johor Bahru, Johor
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM13,500.00
(Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Lima Ratus Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 66
[3hb Jan. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 8 Mei 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Pontian. No. Lot—10395. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 1275. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 1312/2003 bertarikh 23 Julai 2003.
Bertarikh 5 September 2007
[PTDP 13/73/2006]
SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah
Pontian