/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn005y2008/no-727

Kepada Abu bin Salih yang beralamat di No. 85, Jalan Merak Larkin Jaya,

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Abu bin Salih yang beralamat di No. 85, Jalan Merak Larkin Jaya, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 727, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Pontian supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 17 April 2007 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor No. 3208 bertarikh 30 Ogos 2007. Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditangguhkan atas arahan Penolong Pentadbir Tanah, Pontian. Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada hari Rabu 30 April 2008 jam 10.30 pagi di Pejabat Tanah Pontian. Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM99,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Sembilan Ribu Sahaja). Penangkap lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan dengan RM9,900.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Sembilan Ratus Sahaja). Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian CIMB Bank Berhad pada tarikh jualan itu adalah sebanyak RM137,427.00 setakat 17 April 2007.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Pontian. No. Lot/Petak/P.T.—L.O. 1896

(Lot 12167). Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1430 (G.M. 3860). Bahagian

Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1988/1992, Jilid 119, Folio 92 bertarikh 7 Ogos 1992.

Bertarikh 24 Januari 2008

[PTDP 13/115/2005]

SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah

Pontian

Kepada Abu bin Salih yang beralamat di No. 85, Jalan Merak Larkin Jaya, (No. 727)