(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 25 Mac 2008 di Pejabat Tanah, Segamat jam 10.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn005y2008/no-733
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Pentadbir Tanah pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 733, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 25 Mac 2008 di Pejabat Tanah, Segamat jam 10.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM110,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Sepuluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu OCBC Bank Malaysia Berhad pada tarikh ini ialah RM105,129.25.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM11,000.00
(Ringgit Malaysia Sebelas Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
670
[28hb Feb. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 23
Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Segamat. Bandar/Pekan/Mukim—Sungai Segamat. No. P.T.D.—15659.
Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 5601. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 72/2003 bertarikh 23 Januari 2003.
Bertarikh 30 Januari 2008
[PTDSHM(L) 17/2007]
UNGKU MOHD TAHIR BIN UNGKU MOHD ZAKARIA b.p. Pentadbir Tanah
Segamat