Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Mukim—Jeram Batu. No. Lot—457. Jenis dan No.
Hakmilik—E.M.R. 2413. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 2589/1996, Jilid 109, Folio 56 bertarikh 25
September 1996.
Bertarikh 3 Mac 2005
[PTDP 13/101/2003]
Pontian
No. 891.
Kepada Govinda Raju a/l S. Chinnabba Naidu beralamat di 97, Jalan Padi
Ria 2, Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi, Johor penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu.
Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Pontian supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H,
Kanun Tanah Negara bertarikh 15 Jun 2004 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor
No. 1933 bertarikh 7 Oktober 2004.
Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditang
guhkan atas arahan Penolong Pentadbir Tanah, Pontian.
Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada hari Khamis 14 Julai 2005, jam 10.30
pagi di Pejabat Tanah Daerah Pontian.
Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM90,000.00
(Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Ribu Sahaja). Penangkap Lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan dengan RM9,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Sahaja).
Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian (EON
Bank Berhad) pada tarikh jualan itu ialah RM191,982.95 setakat 20 Mei 2004.