(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 26hb Mei 2004 di Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 9.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn010y2004/no-959
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah dalam menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 959, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 26hb Mei 2004 di Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 9.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM600,000.00
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Southern Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM275,394.10 (Pinjaman
Terma) dan RM252,375.49 (Kemudahan Overdraf) sehingga 6hb Ogos 2003.
Jualan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas: RM60,000.00 (Ringgit
Malaysia Enam Puluh Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar dengan sertamerta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan ii.
sebelum baki harga belian, diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 23hb September 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan dibawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tanjung Kupang. No. Lot—2443. Jenis dan
No. Hakmilik—GM 617. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1205/1995, Jilid 44, Folio 69 bertarikh 29hb September 1995 dan Perserahan No. 1206/1995, Jilid 44, Folio 70 bertarikh 29hb September 1995.
Bertarikh pada 12hb April 2004.
[PTDJB(L) 4/2002.]
UNGKU SUZANA BT UNGKU MOHAMMAD,
Pentadbir Tanah,
Johor Bahru
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
876
[6hb Mei 2004