(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 11hb Mei 2004 di hadapan Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn010y2004/no-960
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pendaftar Mahkamah Tinggi/ is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 960, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 11hb Mei 2004 di hadapan Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM170,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu RHB Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM44,364.85 sehingga 7hb Januari 2004.
Jualan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas: RM17,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Belas Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar dengan sertamerta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 8hb September 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan dibawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tebrau. No. PTD—6031. Jenis dan No.
Hakmilik—HS(M) 997. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 782/93, Jilid 37, Folio 17 bertarikh 14hb Oktober 1993.
Bertarikh pada 15hb April 2004.
[PTDJB(L) 19/2002.]
UNGKU SUZANA BT UNGKU MOHAMMAD,
Pendaftar Mahkamah/Pentadbir Tanah,
Johor Bahru
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
6hb Mei 2004]
877