Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kluang. Mukim—Ulu Benut. No. P.T.D.—14694. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 6075 (Rumah Teres). Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.
No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 4730/2004 bertarikh 17 November 2004.
Bertarikh 22 Julai 2008
[PTDK(PJ) 134/2006]
KHAIRULFAEZIN BIN ABU KASSIM
Penolong Pentadbir Tanah
Kluang
No. 6466.
Kepada Hadil bin Timbot dan Norliana binti Sabran beralamat di No. 191,
Jalan Anggerik, Taman Selatan, 83700 Yong Peng penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu.
Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Kluang supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 12 Mac 2008 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan
Negeri Johor No. 2757 bertarikh 24 April 2008.
Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditangguhkan kerana tiada pembeli.
Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada hari Khamis 18 September 2008 jam 10.15 pagi di
Pejabat Tanah Kluang.
Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM99,000.00
(Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Sembilan Ribu Sahaja) diturunkan 10%
daripada harga asal. Penangkap lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan RM9,900.00 (Ringgit Malaysia
Sembilan Ribu Sembilan Ratus Sahaja) di atas nama pemegang gadaian Public
14hb Ogos 2008]
4745
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Bank Berhad. Baki harga belian mestilah dijelaskan tidak lewat daripada 120
hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 17 Januari 2009 dan sebarang perlanjutan masa tidak dibenarkan.
Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh jualan itu ialah RM151,417.50 setakat 12 Mac 2008. Ini tidak termasuk kos guaman dan pelelong.