District—Port Dickson. Pekan—Lukut Seksyen 1. Lot No.—961. Certified
Plan No.—C.P. 33465. Area—3415 square metres.
Dated 26 September 2019
[PTPD. 370/138/98/04;
for Clerk of the Executive Council
PTG.NS 1/7/4/25;
Negeri Sembilan
PU/NS(SW)6]
WARTA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
10hb Okt. 2019]
1011
No. 538.
[Subseksyen 64(1)]
PEMBATALAN SEBAHAGIAN PERIZABAN TANAH
[Subsection 64(1)]
REVOCATION OF PART OF RESERVATION OF LAND
Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 472 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Sembilan pada 1 September 2011, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara 1965, Pihak Berkuasa
Negeri merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu bagi rizab tapak Masjid dan menetapkan bahawa Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab tersebut.
Dan bahawasanya, didapati suaimanfaat sekarang oleh Pihak Berkuasa
Negeri supaya sebahagian perizaban yang disebut terdahulu itu patut dibatalkan;
Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan Pihak Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu itu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan
No. 673 pada 19 Julai 2012;
Dan bahawasanya, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan
Pihak Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu;
Maka oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri membatalkan sebahagian perizaban yang terdahulu.