District—Jempol. Mukim—Kuala Jempol. Gazette Plan No.—G.P. 868.
Area—0.95 hectare.
Dated 30 October 2020
[PTJL. 370/2/84;
Clerk of the Executive Council
Negeri Sembilan
[19hb Nov. 2020 1300
No. 554.
[Subseksyen 64(1)]
PEMBATALAN SEBAHAGIAN PERIZABAN TANAH
[Subsection 64(1)]
REVOCATION OF PART OF RESERVATION OF LAND
Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 223 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Sembilan pada 22 Jun 2006, pada menjalankan kuasa yang diberikan padanya oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa
Negeri telah mengisytiharkan bahawa tanah seperti yang diperihalkan dalam
Jadual dan ditandakan di atas Pelan Akui No. P.A. 71685 yang disimpan di
Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Negeri Sembilan menjadi suatu rizab bagi maksud awam, iaitu, suatu tapak untuk Balai Raya dan menetapkan bahawa Pegawai Daerah Jempol hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab tersebut.
Dan bahawasanya, didapati suaimanfaat sekarang oleh Pihak Berkuasa Negeri supaya sebahagian perizaban yang disebut terdahulu itu patut dibatalkan:
Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan Pihak Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan No. 295 pada 13 Ogos 2020:
Dan bahawasanya, tiada apa apa bantahan diterima terhadap cadangan Pihak
Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu:
Maka oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri membatalkan sebahagian perizaban yang terdahulu.