District—Tampin. Mukim—Gemas. Certified Plan No.—C.P. 815557.
Lot No.—40732. Area—2.458 hectares.
Dated 6 November 2020
[PDKG(T). 370/20/2018/7;
Clerk of the Executive Council
PTG.NS 1/6/8/38 Klt. 6;
Negeri Sembilan
PU/NS(SW)6]
No. 594.
[Subseksyen 64(1)]
PEMBATALAN PERIZABAN TANAH
[Subsection 64(1)]
REVOCATION OF RESERVATION OF LAND
Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 66 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Negeri Sembilan pada 14 Februari 2002, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara 2020, Pihak Berkuasa
Negeri telah mengisytiharkan bahawa tanah seperti yang diperihalkan dalam
Jadual dan ditandakan di atas Pelan Warta No. P.W. 1686 dan P.W. 1687
Pekan Senawang, keluasan 390,900 meter persegi dan 71,870 meter persegi,
Daerah Seremban yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan
Negeri Sembilan menjadi suatu rizab bagi maksud awam iaitu, tapak Kawasan
Rekreasi dan menetapkan bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban hendaklah mempunyai kawalan terhadap rizab tersebut.
Dan bahawasanya, didapati suaimanfaat sekarang oleh Pihak Berkuasa
Negeri supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu patut dibatalkan;
Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan Pihak Berkuasa Negeri yang disebut terdahulu itu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan
No. 433 pada 24 September 2020;
Dan bahawasanya, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan
Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana yang disebut terdahulu;
Maka oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri membatalkan sebahagian perizaban yang terdahulu.
[3hb Dis. 2020 1404