(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 3 Mei 2006 jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Kuantan; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn008y2006/no-439
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Harun bin Abdullah, Penolong Pentadbir Tanah Kuantan pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 439, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 3 Mei 2006 jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Kuantan; dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM225,588.
31. Nama Pemegang Gadaian: Bank Pertanian
Malaysia.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM8,000.00 (RM: Lapan Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[13hb April 2006 538
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 1 September 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Pekan/Mukim—Kuala Kuantan. No. Lot—4520. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 3210. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar (jika ada)—No. Perserahan 5023/1992, Jilid 261, Folio 11. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 9 November 2005
Penolong Pentadbir Tanah Daerah
[PTK. 4/5/1/3671]
Kuantan