(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 18 Oktober 2006 jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Kuantan; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn016y2006/no-879
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd Aunullah bin Mohd Mokhtar, Penolong Pentadbir Tanah Kuantan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 879, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 18 Oktober 2006 jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Kuantan; dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM196,391.
67. Nama Pemegang Gadaian: RHB Bank
Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM30,000.00; (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu sahaja);
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
929
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul di-jatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 15 Februari 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Pekan/Mukim—Kuala Kuantan. No. Lot—12947. Jenis dan No. Hakmilik—G.M.
Bahagian Tanah (jika ada)—Kesemua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 1749/1993, Jilid 270, Folio 97; No. Perserahan 8569/1997, Jilid 376, Folio 92 dan No. Perserahan 7068/2001. (Satu (1)
Hakmilik sahaja).
Bertarikh 24 Mei 2006
Penolong Pentadbir Tanah Daerah
[PTK. 4/5/1/3759]
Kuantan