(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 12 Oktober 2004 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat
Tanah Daerah Lipis; dan.
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn017y2004/no-765
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohammad Ridzwan bin Abidin, Penolong Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 765, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 12 Oktober 2004 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat
Tanah Daerah Lipis; dan.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM21,000.00.(Ringgit
Malaysia Dua Puluh Satu Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada Bumiputra Commerce
Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM54,335.21.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus(10%)
daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM2,100.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu dan Satu Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 8 Februari 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucutkan dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
12hb Ogos 2004]
65
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Tanjung Besar. No. Lot—1606. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 1696.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 912/1997, Jilid 39, Folio 99. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 8 Julai 2004
MOHAMMAD RIDZWAN BIN ABIDIN
[PTL. Pen. 15/005/2004]
b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Lipis