(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 14 Disember 2005 jam 11.30 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Rompin, Kuala Rompin, Pahang; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[27hb Okt. 2005 858
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn022y2005/no-951
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairin Nazry bin Karim, Pentadbir Tanah Rompin pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 951, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 14 Disember 2005 jam 11.30 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Rompin, Kuala Rompin, Pahang; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[27hb Okt. 2005 858
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM60,000.00. (Ringgit
Malaysia Enam Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM71,922.20 Nama Pemegang
Gadaian: Bank Islam Malaysia Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM6,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 12 April 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Rompin. No. P.T.—42. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 435. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—129/2003.
Bertarikh 30 Ogos 2005
Pentadbir Tanah Daerah
[P.T. Rom 4/2/0015/2004]
Rompin