(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Rabu, 31hb Mac 2004, jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah, Larut dan Matang, Taiping;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn008y2004/no-294
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haji Md Shafie bin Haji Muda, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 294, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Rabu, 31hb Mac 2004, jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah, Larut dan Matang, Taiping;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM80,000.00
(Ringgit Lapan Puluh Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM8,000.00 (Ringgit: Lapan Ribu sahaja)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
Sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 30hb Julai 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang telah ditetapkan: dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah Seksyen 267A.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
316
[8hb April 2004
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pengkalan Aor. No. Lot—6830. Jenis dan No. Hakmilik—GM: 252
Luas: 195 meter persegi. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Pers: No. 208/2001 Jilid: 72 Folio: 37.
Bertarikh 2 Mac 2004.
HAJI MD SHAFIE BIN HAJI MUDA
[PTLM 369/26/2003/06.]
b.p. Pentadbir Tanah,
Lelongan 1.
Larut Matang dan Selama