(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 1 Jun 2006 jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah, Larut dan Matang, Taiping;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
25hb Mei 2006]
593
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn011-1-y2006/no-697
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya Zainal Badri bin Abu Bakar, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 697, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan cara lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 1 Jun 2006 jam 10.00 pagi di Pejabat
Tanah, Larut dan Matang, Taiping;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
25hb Mei 2006]
593
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM21,000.00. (Ringgit:
Dua Puluh Satu Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM2,100.00 (Ringgit: Dua Ribu Seratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
Maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
Sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (b) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 31 Oktober 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (d) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Bukit Gantang. No. Lot—3669. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 4159.
Luas—1.166 hektar. Bahagian tanah (jika ada)—Semua. No. berdaftar gadaian
(jika ada)—Pers. No. 882/1995 Jld. 44 Fol. 133.
Bertarikh 15 Mei 2006.
[PTLM 369/04/2006/03]
ZAINAL BADRI BIN ABU BAKAR
Pentadbir Tanah
Larut, Matang dan Selama
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
594
[25hb Mei 2006