Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
No. H.S.(D) DGS 134. No. P.T.—15536. Mukim—Sitiawan, Daerah Manjung,
Negeri Perak. Pajakan—99 tahun-1/4/2089. Satu salinan hakmilik sahaja. No.
Pers.—41961/90, Jilid 3806, Folio 23.
442
[23hb Jun 2005
Bertarikh 7 Oktober 2002
[PP. 18182/90/03]
t.t.
.......................................................
Setiausaha/Timbalan Setiausaha/
Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Pinjaman Perumahan,
Perbendaharaan Malaysia,
(Pegawai yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan di bawah
Seksyen 5(1) Minister of Finance
(Incorporation) Ordinance 1957)
No. 635.
Kepada Aini bin Mohamad Lod (No. K.P.: 1895394), beralamat di Lot 66450,
Mukim Sungai Raja, 31300 Daerah Kinta, Perak, penggadai di bawah gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/bahagian yang tidak dipecahkan atas tanah/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan sedemikan.
Bahawasanya, kamu telah melakukan suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan gadaian ini dengan dibuang kerja pada 2 Mei 1990
dan oleh itu kamu telah melanggar syarat-syarat pinjaman menurut Fasal 3(i) sebagaimana yang dinyatakan di dalam gadaian dan notis tuntutan peguamcara bertarikh 16 September 2002. Dan kamu dituntut untuk membayar balik baki hutang pinjaman secara sekaligus. Dan kamu telah gagal untuk membuat kesemua baki hutang kamu berjumlah RM50,248.59
iaitu baki sehingga bulan Disember 2002 beserta faedah yang terakru.
Dan bahawasanya pelanggaran itu telah berterusan selama tempoh sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh notis ini.
Saya sebagai pemegang gadaian, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 254 Kanun Tanah Negara, dengan ini mengkehendaki kamu supaya memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyampaian notis ini.
Dan ambil perhatian bahawa, jika kamu gagal memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, saya akan memohon suatu perintah jualan.