(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2007 jam 10.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn018y2007/no-1084
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nasd Rahayu binti Abdul Rahim, Penolong Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1084, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2007 jam 10.00 pagi di
Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM35,000.00
(RM: Tiga Puluh Lima Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM3,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Lima Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana akaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 864
[30hb Ogos 2007
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Pulau Kamiri. No. Lot—3829. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 1794. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan: 210/1995.
Bertarikh 10 Ogos 2007
[PTSS.(F/C) 10/2002]
NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM
Pentadbir Tanah Daerah
Kuala Kangsar
No. 1085.
PERATURAN TANAH PERAK 1966
JADUAL TANAMAN PADI (TALI AIR TERUS) MUSIM 02/2007
Bahawasanya mengikut Fasal 35 Peraturan Tanah Perak 1966 inilah diberitahu tuan-tuan atau orang-orang yang memakai bendang dalam kawasan Lambor
Kanan (Pam Teluk Bakong), Blok 10, Lambor Kiri (Pam Lambor Kiri),
Taliair 1 – 10A (Pam Kubang Haji), Parit / Merua (Pam Parit), Senin (Pam
Senin), Pendiat (Pam Pendiat) dan Jalan Raya – P.T. 16 (Pam Bota Kiri) dalam
Daerah Perak Tengah, tarikh-tarikh bagi memulakan kerja-kerja yang dinyatakan di bawah ini bagi menanam musim 02/2007.
30hb Ogos 2007]
865
JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 02/2007
Kerja-kerja yang
Bil.
dijalankan
Jadual 1
Jadual 2
Jadual 3
1. Tali air 6-
1 Tali air 1-
1. Bota Kiri
Parit 10A
Parit 6
(Pam Bota
(Pam Kubang
(Pam Kubang
Kiri)
Haji)
Haji)
2. Parit
2. Lambor Kiri
(Pam Parit)
(Pam Lambor
Kiri)
3. Pendiat
3. Lambor Kanan
(Pam Pendiat)
(Pam Tlk
Bakong)
4. Senin
(Pam Senin)
1.
Menabur 2.
Masuk air ke dalam 15.08.2007 25.08.2007 01.09.2007
tali air 3.
Masuk air ke dalam 22.08.2007 01.09.2007 07.09.2007
Bendang 4.
Mengeringkan air 03.12.2007 12.12.2007 18.12.2007 5.
Menuai 18.12.2007 27.12.2007 03.01.2008
ARAHAN KEPADA PENANAM PADI
1.
Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.
2.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.
3.
Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa sehingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.
4.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.
5.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh
Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pertanian.
6.
Tiap-taip penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang
866
[30hb Ogos 2007
dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tersebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam
Mahkamah mengikut seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.
00. Jika dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga RM200.
00.
Bertarikh 1 Ogos 2007
[PTSI.10/03-00-23/90.Jld.4]
KAMARUDDIN BIN AWANG b.p. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Perak Tengah,
Seri Iskandar